PRS STUDI
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK GALERI
Kata-Kata Aluan
Tuesday, 18 September 2012 • 17:16 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Alhamdulillah kami panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya blog ini telah berjaya kami siapkan walaupun tak sesempurna blog sekolah lain .Akan tetapi ahli kelab PRS teramat bersyukur kerana dengan jayanya usaha untuk menghasilkan blog ini telah pun berjaya  .
Alhamdulillah :) 
InsyaAllah, ahli kelab PRS STUDI akan sentiasa mengemaskini pelbagai informasi yang berguna dalam mendidik pelajar-pelajar mahupun orang awam bersesuaian dengan tema "Membantu Orang Lain, Membantu Diri Sendiri".
Blog ini bukan sahaja ditubuhkan untuk para pelajar STUDI sahaja  malah untuk semua pelajar-pelajar mahupun orang awam. Kami amat mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web rasmi PRS-STUDI ini. 
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada sesiapa yang telah memberi kerjasama dan sudi berinteraksi dengan ahli kelab PRS dalam menubuhkan blog ini. 
Kami berharap anda semua dapat memberikan sokongan dalam usaha kami untuk maju ke hadapan dalam dunia teknologi terkini melalui pendekatan multimedia yang sebegini dan positif.
Anda juga boleh memberikan pendapat mahupun cadangan yang bermanfaat tanpa mengaitkan isu-isu sensintif, politik, agama ataupun bangsa. 
Jika anda ingin memberi pendapat sila tinggalkan pesanan anda di kotak Shout Box ataupun di ruangan comment yang telah kami sediakan. 

Sekian :)
~Wassalam ~

Labels:


Mengenai Kami
• 17:05 • 0 comments
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Falsafah

Sebagai PRS anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.

Visi

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah.


Misi

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :


  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia
  • membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tnggi dalam akademik.
  • mewujudkan suasana pelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • memberikan pendidikan berjaya bersepadu kepada pelajar.
  • memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.



Labels:


LAGU PRS
• 16:51 • 0 comments

Giat Berusaha Mencapai Bahagia
Jati Diri Dibina
Membantu Rakan Sesama Sebaya
Pembimbing Rakan Sebaya

Kami Bukan Yang Terbaik
Dikalangan Terpilih
Kami Sebagai Modal Insani
Faham Erti Sejati

Kami PRS Seluruh Negara
Pembimbing Rakan Sebaya
Membina Visi Nan Suci
PRS Faham Sejati

Etika Kami Amalkan
Rahsia Tetap Digenggam
Prinsip Piagam Jadi Panduan
Maruah Di Pertahankan

8 Tips Tangani Stress
• 07:39 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.



uruskan masa dengan efektif

elakkan mengambil dadah atau alkohol
rehat seketika
kurangkan gangguan
makan makanan yang menyihatkan
lakukan meditasi
berfikiran positif & belajar kawal ketakutan
dapatkan nasihat


Labels:


15 Kata-kata Motivasi Untuk Belajar
• 07:33 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Belajar-belajar ! Pasti ' STERSS ' bukan ? Mmmm ..Kadang-kadang rasa nak pecah kepala . Betul tak ? , Menyebabkan kita rasa hilang semangat atau lebih senang dah ' GIVE UP ' . Alahai , usah runsing kawan-kawan ! Senyum & lapangkan fikiran anda . Di bawah ini kami ada sertakan sedikit tips bernas untuk dikongsikan bersama - sama . Selamat beramal :) .




1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.
2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.
4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.
5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.
6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.
7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.
9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.
10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.
11. Sulit jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.
12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.
13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.






Terima kasih & Salam Penghargaan kepada : - Julmazli Dot Com (8.8) 


35 TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG
• 07:05 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Semua orang ingin menjadi pelajar yang cemerlang , anda mahukan ? Cubalah amalkan tips dibawah ini , Insya-Allah ianya akan berkesan , selamat mencuba ;)


Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 


Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • kita ingat 10 % apa yang dibaca 
  • kita ingat 20% apa yang didengar 
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan 
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan 
  • Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 


Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya…. 


Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang 
  • kurangkan gangguan bunyi 
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 
  • kerusi dan meja menghadap kiblat 
  • jangan lupa untuk senyum 
  • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 
  • Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 


Tahu teknik merangsang memori:
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration) 
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 
  • mengingat kembali (recall) 
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 


Sentiasa awal dan mendahului:
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 
  • Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 


Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 
  • memberikan tumpuan sepanuhnya 
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca 
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 
  • Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 
  • Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 


Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna 
  • duduk tegak dikerusi yang selesa 
  • baca doa penerang hati 
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 
  • fikir dan ingat kembali isi utama 
  • catat/lakar 
  • semak semula ketepatan maklumat 
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 
  • buat rumusan 
  • jawab soalan 
  • tampal maklumat yang rumit di dinding 
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 
  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 


Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan 
  • jangan makan organ dalaman 
  • jangan minum semasa makan 
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 
  • jangan melihat kemaluan 
  • jangan melihat buih 
  • jangan membaca nama pada batu nisan 
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu 
  • banyakkan makan kekacang 
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang 
  • jangan kencing berdiri 


Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding 
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 
  • gunakan kaedah akronim 
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 


Cekap mengatur jadual belajar:
  • mempunyai jadual belajar 
  • patuh kepada jadual 
  • buat jadual yang boleh diikuti 
  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 
  • Pelbagaikan tempat belajar. 
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 


Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah 
  • mendirikan sembahyang 
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 
  • hormati & sayangi guru 
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. 
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 
  • membantu rakan yang memerlukan 
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah 
  • sentiasa bertawakal 
  • mahir dalam setiap mata pelajaran

Labels:


Tips 88888 (0.o)
• 06:38 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Tips 88888 ? Macam pelik saja bunyinya bukan? Apakah itu ? Mmmm . Kawan-kawan , ia merupakan amalan mudah bagi mengawal pemakanan secara berhemah sebagai langkah menghidari penyakit tidak bejangkit seperti masalah jantung , kencing manis , darah tinggi dan barah . Apatah lagi kita seorang pelajar yang sentiasa memerlukan kesihatan yang baik untuk menuntut ilmu . Jadi , dengan konsep yang mudah untuk diingati ini , bolehlah kita bersama-sama mengamalkannya dalam kehidupan seharian .




* makan sebelum lapar & berhenti apabila 80% kenyang
* makan malam sebelum jam 8
* minum sekurang-kuranya 8 gelas air putih sehari
* tidur  8 jam sehari
* berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari









Labels:


10 Tips Pemilihan Kerjaya
• 06:34 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Kita sebagai seorang pelajar mestilah ada cita-cita bukan ? .  Disetiap impian mestilah diikuti dengan usaha dan perancangan yang teliti . Atau kawan-kawan masih ragu-ragu atau tercari-cari akan apa yang dikehendaki dalam kehidupan & kerjaya ? . Usah ragu-ragu untuk mencuba tips dibawah ini ! :D


1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai
2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau keluarga.
4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.
7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin terlebih dahulu.
8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar.
9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam menjamin kejayaan anda.
10. Lakukanlan Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja yang maha mengetahui dan penentu segalanya.





Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bahaden kerana sudi berkongsi ilmu untuk manfaat kita bersama .

TERIMA KASIH :)



Pesanan Dari Imam al-Ghazali :)
• 05:19 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Pesanan Imam al-Ghazali : "Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!" 





Blog Pengetua Kita ;)
• 00:46 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.





Ingin mengenali dengan lebih dekat lagi pengetua Smk Tun Dr. Ismail?
Inginkan tips-II bernas ?
Nota ringkas tentang ilmu Fizik ?
Atau inginkan tips tentang  fotografi ??

:)
Good Luck !
Confirm tak rugi !

" TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA

Mari click di perkatan bawah ini .

Labels:


CartA Organisasi PRs & UPK
Monday, 17 September 2012 • 22:15 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


CARTA ORGANISASI PEMBANTU RAKAN SEBAYA & KAUNSELING SMK TUN DR ISMAIL
BAKRI MUAR TAHUN 2012






Labels:


Corat-Coret Pengurusan Sekolah
• 21:24 • 0 comments
السلام عليكم 
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia




Trampil Cemerlang ! Itulah visi Sek Men  Keb Tun Dr. Ismail .

Siapalah STUDI jika tanpa mereka . Siapa mereka ?
Mari kita sama-sama kenali siapa mereka . 





                                                               
Haa ! inilah pengetua kami . :)
Tuan Haji Murad bin Ahmad Ghazali .


"PASTIKAN GURU MENGAJAR , SEMUA PELAJAR BELAJAR"


Membawa maksud beliau ialah beliau mengharapkan guru dapat menjalankan tugas dengan
baik dan berkesan supaya pelajar dapat belajar sebagaimana yang sepatutnya
mengikut pendekatan belajar .
Inilah kata hikmah yang dipegang kuat oleh beliau . 

Pendapat Beliau Tentang Kami ^^

Pebimbing Rakan Sebaya
*Pastikan yang asas digerakkan dahulu .
*PRS mesti tahu akan tanggungjawab masing-masing .

Pembangunan Sekolah
*Gerakkan guru-guru dan pelajar supaya meningkatkan kerjasama , memberikan kesedaran
kepada pelajar akan kepentingan ilmu .
*Meningkatkan jalinan antara guru dan pelajar
  dan hubungan antara dua hala .

Nak kenal siapakah beliau ? :D
Mari click sini .

:)




Ini pula guru penolong kanan di sekolah kami . ^.^
Tuan Haji Amat Paijan bin Saruwal


"IKAN KALAU BUSUK BERMULA DARIPADA KEPALA ,BERPUNCA DARI KEPALA"


 Haa . Apa maksudnya itu ?
Ia membawa maksud seorang pelajar akan menjadi manusia yang
 berguna jika mendapat bimbingan & tunjuk
ajar yang betul dari guru.
Ini pula kata hikmah yang dipegang kuat oleh beliau .

Kata-kata semangat buat PRS (*.*)


*berkerjasama antara guru dan pelajar .
*guru dan pelajar perlu berdisiplin .


" KEJAYAAN AKEDEMIK BERMULA DENGAN DISIPLIN "


Jadi , berusahalah untuk menjadi pelajar yang berdisiplin okay ? ^.^







Cik Hajah Fatimah binti Shahdan .
Ini siapa pula ? Haaa .
Beliau merupakan guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah kami .

"BERHUBUNG BAIK LAH DENGAN IBUBAPA"

Membawa maksud sebagai seorang remaja & seorang pelajar ,
kita seharusnya membina hubungan baik diantara keluarga
dalam meningkatkan keyakinan diri  .

Pendapat beliau tentang kami ^.^

* Mestilah bergiat aktif dalam mendidik & membangunkan modal insan
*Sentiasalah bermusabah & memperbaiki diri agar dapat membantu orang lain ! :)




*gambar *



Mari kami kenalkan , yang berkemeja putih  ini merupakan guru Penolong Kanan Koko STUDI .
Encik Ahmad Zan bin Abdul Hamid
Beliau banyak membantu dalam meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti koko disekolah kami .

"JATI DIRI BOLEH DIBENTUK MELALUI KOKO "

Inilah kata-kata yang tidak pernah lekang dari bibir beliau .
Ia membawa maksud bahawa melalui aktiviti koko dapat melahirkan warga negara yang sentiasa mempunyai semangat dan daya kreativiti .

Nasihat beliau untuk pelajar STUDI (o.0) 

*koko adalah aktiviti yang membentuk sahsiah , jati diri pelajar .
Jadi jangan ragu-ragu untuk sertai aktiviti koko (*.-)





*gambar*






Puan Sanisah binti Arif  atau panggilan mesranya Madam Sanisah .
Beliau merupakan Penolong Kanan Tinkatan 6 .
Beliau telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di peringkat daerah & kebangsaan .

"PELAJAR PERLU BIJAK"

Kata-kata beliau membawa maksud  pelajar perlu memilih yang terbaik dalam melakukan sesuat agar tidak menyesal di kemudian hari .



Labels:


TIPS MEMILIH KAWAN YANG BAIK
• 20:44 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


=@  PILIH kawan yang berakal.

JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
=@  PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
=@  PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
=@  PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
=@  PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.

• 20:03 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Sila tekan Link dibawah ini kerana pelbagai maklumat terdapat didalam link tersebut. 


Terdapat pelbagai TIPS yang dapat menjadi panduan yang berguna kepada anda yang PRS sediakan. 

TIPS :-


Aktiviti kami
Sunday, 16 September 2012 • 06:29 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia




Pada 04-06 Januari 2012, PRS telah membantu persediaan tempat sempena Program Orientasi Tingkatan 4, 2012 di Dewan STUDI. 




Pada 04-09 Januari 2012, PRS telah membantu persediaan Program Orientasi Tingkatan 1 dan Peralihan, 2012 bertempat di Dewan STUDI. Program ini telah dilancarkan bersama Unit HEM dan Pengurusan Sekolah.




Pada 16 Januari 2012, PRS telah membantu kelab Pengawas untuk menyediakan Majlis Watikah Pemimpin Muda Fasa 1, Guru Penasihat Permainan dan Sukan, Kelab dan Persatuan, Unit Beruniform dan Guru disiplin. program ini dilancarkan di Dataran STUDI. Program ini telah dilancarkan bersama HEM, Unit Kokurikulum, unit Psikologi dan Kaunseling.




Pada 1 Febuari 2012, PRS telah mengikuti program Aktiviti Kokurikulum, Kelab dan Persatuan bertempat di Bilik UPK bersama-sama ahli kelab UPK. 


Pada 3 Febuari 2012, PRS telah membantu dalam menyediakan Kursus Kepimpinan Pengurusan Kelas 2012 bertempat di Dewan STUDI. Program dilancarkan bersama Unit HEM. 



Pada 11 Febuari 2012, PRS telah mengikuti program Kursus Kempimpinan Pengurusan Kelas 2012 yang bertempat di Dewan STUDI. Program telah dijalankan bersama Unit HEM. 



Pada 13 Febuari 2012, PRS telah membantu melancarkan Majlis Watikah Perlantikkan Pemimpin Muda Fasa 2. Majlis berkenaan di anggotai Pengawas, Ketua dan Penolong Ketua dan Pengerusi Kelab Persatuan, Sukan Permainan serta Unit Beruniform yang bertepat di Dataran STUDI. Majlis dilancarkan dengan pengisian dan perasmian oleh Pegawai Perhubungan Sekolah IPD Muar. 



Pada 5 Mac 2012, PRS telah mengikuti sebuah program iaitu Ceramah Pencegahan Anti Dadah kepada pelajar tingkatan 4 yang bertempat di Dewan STUDI. Program PPD itu telah dilancarkan bersama AADK Muar. 



Pada 21 Mac 2012, PRS telah menyertai program Majlis Sambutan Hari Perhutanan Sedunia ke-41 Tahun 2012 Daerah Johor Utara. Majlis di jalankan di Dataran STUDI. Majlis ini ialah anjuran bersama Pejabat Daerah Johor Utara, Unit Kokurikulum, Kelab Pencinta Alam, RIMUP dan UPK.



Pada 24 Mac 2012, PRS telah mengikuti Program Kembara Ilmu 3 Pemegang Biasiswa dan PRS ke Johor Bharu. Majlis diadakan di KFC Holding Persada JB Nusa Jaya. Majlis dianjurkan bersama JK Biasiswa dan UPK.



Pada 4 April 2012, PRS telah membantu dalam menyiapkan Program Pengurusan Jenazah Minggu Akademik-Sains Kemasyarakatan bertempat di Dewan STUDI dan Surau STUDI. Majlis telah dijalankan bersama UPK dan Panitia Agama Islam.



Pada 6 April 2012, PRS telah mengikuti Program Majlis Pelancaran Program Benci Zina 2012 yang bertempat di Dataran STUDI. Majlis telah dirasmikan bersama-sama HEM, UPK dan Panitia Agama Islam/Moral.



Pada 7 April 2012, PRS telah membantu persediaan Kursus Kepimpinan Pengawas 2012 yang bertempat di Dewan STUDI. Majlis telah dirasmikan oleh UPK dan Badan Pengawas.



Pada 10 Mei 2012, PRS telah membantu dalam persediaan Program Taklimat Hala Tuju Lepasan STPM & Inventori Minat Kerjaya Kepada Pelajar Tingkatan 6 Bawah 2012 yang bertempat di Dewan Seminar STUDI. Program telah dilancarkan bersama Pengurusan Tingkatan 6.



Pada 19 Mei 2012, PRS telah mengikuti Program Perasmian dan Pamiran Pendidikan Kerjaya yang bertempat di IKTBN, Pagoh. Majlis telah dilancarkan bersama-sama Panitia KH dan kerjasama UPK.



Pada 19 Julai 2012, PRS telah menyertai program Kursus Kepimpinan PRS PPD Muar di SMK Persisiran. Program mendapat kerjasama SPK PPD Muar & MGKK Daerah Muar.



Pada 01 Ogos 2012, PRS telah mengikuti program Eksplorasi Minda Kreatif STUDI 2012 Bersama LPPKN Johor yang disertai oleh Pelajar 5S1 dan PRS. Program telah dilancarkan bersama LPPKN dan UPK STUDI.






Labels:


Carta Organisasi 2012
Thursday, 13 September 2012 • 23:13 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


CARTA ORGANISASI TAHUN 2013
KELAB UNIT PSIKOLOGI & KAUNSELING
SMK TUN DR. ISMAIL,84200 BAKRI, MUAR, JOHOR

 Penaung                : Tn. Hj. Murad bin Ahmad Ghazali

 Guru Penasihat     : En. Md Latif bin Tukiran
                                : Cik Hjh. Rubi'ah bte Hj. Md Nor
                                : Pn. Irene Chen Ai Lin
                                : Pn Hasimah Yon bte Talib Ali


KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA  STUDI TAHUN 2013

KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS )

Pengerusi              : Nur Shahira Shakila binti Mustaffa ( 5S2 )
Naib Pengerusi     : Nur Syuhada binti Mohd Salleh ( 5S2 )
Setiausaha            : Nurul Hamizah binti Roslee ( 4S2 )
Naib Setiausaha   : Nur 'Aina Syakira binti Amat Rosman ( 4S2 )
Bendahari             : Khairun Azniza binti Mokhtar ( 4A1 )
AJK                      : Farah Hidayu binti Suliman ( 4S1 )
                              : Toh Chin Siang ( 4S2 )
                              : Senorita a/p Mugan ( 2S2 )
                              : Haw Li Ping ( 4S2 )
                              : Nur Afifah binti Abd haris ( 2S3 )






Labels:


Penerbitan
• 20:14 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.




Dokumentasi






Tugas-tugas Khas








Sesi Temu Ramah


















Pengarang














Perakam Peristiwa








Temui Kami.....
• 19:05 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Nombor Telefon :-

06-9866260

Nombor Faks :-

06-9864615

Alamat Lengkap :-

Km 11,
Jalan Bakri,
84200 Muar, Johor


E-mel :-

studimuar@yahoo.com


Studi
• 05:21 • 0 comments
Assalamualaikum =) 

Preview

gambar ini adalah gabungan permandangan sekolah dan lencana rasmi sekolah kami yang telah dirakamkan oleh pengetua sekolah kami, Tn. Hj Murad bin Ahmad Ghazali.

Labels:



MY WORDS;
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Hye, Pembimbing Rakan Sebaya disini yang boleh membantu anda semua jika ada berada didalam kesulitan masalah yang sukar untuk diselesaikan :) Dapatkan maklumat terkini daripada kami melalui pelbagai entry yang kami sediakan. Enjoy your reading :)

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Derma Darah 2013
  • EDUFAIR STUDI 2013
  • Maklumat untuk pelajar yang bakal mengambil keputu...
  • GALERI
  • PROGRAM ANTI DADAH.
  • Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
  • WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA - FASA 2 2013
  • WATIKAH PERLANTIKAN GURU PEMIMPIN - FASA 1 2013
  • Kata-Kata Aluan
  • Mengenai Kami