PRS STUDI
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK GALERI
35 TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Tuesday 18 September 2012 • 07:05 • 0 comments
السلام عليكم
Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.


Semua orang ingin menjadi pelajar yang cemerlang , anda mahukan ? Cubalah amalkan tips dibawah ini , Insya-Allah ianya akan berkesan , selamat mencuba ;)


Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. 


Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

  • kita ingat 10 % apa yang dibaca 
  • kita ingat 20% apa yang didengar 
  • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat 
  • kita ingat 70% apa yang dicakapkan 
  • kita ingat 90% setelah dipraktikkan 
  • Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 


Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya…. 


Belajar dalam persekitaran kondusif.
  • pastikan cahaya adalah terang 
  • kurangkan gangguan bunyi 
  • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 
  • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran 
  • kerusi dan meja menghadap kiblat 
  • jangan lupa untuk senyum 
  • Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan. 
  • Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan. 


Tahu teknik merangsang memori:
  • memasukkan maklumat dalam memori (registration) 
  • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention) 
  • mengingat kembali (recall) 
  • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application) 


Sentiasa awal dan mendahului:
  • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. 
  • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya. 
  • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan. 
  • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. 
  • Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru. 


Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul 
  • memberikan tumpuan sepanuhnya 
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca 
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan 
  • Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas. 
  • Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan. 
  • Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih. 
  • Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji. 
  • Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa. 
  • Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar). 
  • Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan. 
  • Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan. 
  • Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali. 
  • Mengulang kaji apabila mulai terlupa. 


Tahu petua mengulang kaji
  • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita 
  • siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna 
  • duduk tegak dikerusi yang selesa 
  • baca doa penerang hati 
  • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul 
  • fikir dan ingat kembali isi utama 
  • catat/lakar 
  • semak semula ketepatan maklumat 
  • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain 
  • buat rumusan 
  • jawab soalan 
  • tampal maklumat yang rumit di dinding 
  • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar 
  • Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya. 


Tahu petua-petua agar tidak lupa:
  • jangan makan kepala ikan 
  • jangan makan organ dalaman 
  • jangan minum semasa makan 
  • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 
  • jangan melihat kemaluan 
  • jangan melihat buih 
  • jangan membaca nama pada batu nisan 
  • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain 
  • banyakkan makan kismis, kurma dan madu 
  • banyakkan makan kekacang 
  • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 
  • jangan makan sehingga terlalu kenyang 
  • jangan kencing berdiri 


Tahu kemahiran mengingat:
  • tampal nota-nota penting di dinding 
  • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 
  • gunakan kaedah akronim 
  • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 
  • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil 


Cekap mengatur jadual belajar:
  • mempunyai jadual belajar 
  • patuh kepada jadual 
  • buat jadual yang boleh diikuti 
  • Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar. 
  • Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif. 
  • Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar. 
  • Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa. 
  • Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas). 
  • Pelbagaikan tempat belajar. 
  • Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham 
  • Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. 


Ciri-ciri pelajar cemerlang:
  • taat kepada Allah 
  • mendirikan sembahyang 
  • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka 
  • hormati & sayangi guru 
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. 
  • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari 
  • membantu rakan yang memerlukan 
  • berdoa dan bersyukur kepada Allah 
  • sentiasa bertawakal 
  • mahir dalam setiap mata pelajaran

Labels:



MY WORDS;
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Hye, Pembimbing Rakan Sebaya disini yang boleh membantu anda semua jika ada berada didalam kesulitan masalah yang sukar untuk diselesaikan :) Dapatkan maklumat terkini daripada kami melalui pelbagai entry yang kami sediakan. Enjoy your reading :)

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Tips 88888 (0.o)
  • 10 Tips Pemilihan Kerjaya
  • Pesanan Dari Imam al-Ghazali :)
  • Blog Pengetua Kita ;)
  • CartA Organisasi PRs & UPK
  • Corat-Coret Pengurusan Sekolah
  • TIPS MEMILIH KAWAN YANG BAIK
  • السلام عليكمSelamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...
  • Aktiviti kami
  • Carta Organisasi 2012